Sunday, April 8, 2012

Mak Lampir Kantoi Lagi !!!




Dah mula lah MAK LAMPIR yang bagi kenyataan yang bodoh lagi bangang.Cakap macam orang yang kurang akal,sebelum ini beria-ia buat ceramah dengan Mohd Isa Mohd Saidi yang merupakan Ketua Penerangan Cabang Ampang.








Mak Lampir tahu yang Mohd Isa ini ahli UMNO sebelum ini tapi apabila beliau keluar dari UMNO meraka menerima beliau malang mereka memberi Jawatan kepada beliau.Beginilah muslihat Mak Lampir apabila terdesak akan menyalahkan UMNO.




Mohd Isa ini keluar UMNO pasal ada masalah dalaman Parti dan selepas beliau diketahui menjadi muflis disamping itu saya berpendapat Mohd Isa merupakan seorang  yang lantang bersuara yang menyebabkan 

ramai orang tidak berpuashati sehingga beliau keluar Parti(ia merupakan pandangan saya semata-mata).

Kenyataan YB.Zuraidah di  SINARAN HARIAN pada 6hb april 2012  merupakan satu cara untuk melepaskan diri dari memberi kenyataan dan jawapan terhadap tuduhan Mohd Isa,di bawah adalah kenyataan Yb.Zuraidah di Sinar Harian.






AMPANG - PKR Ampang mengesahkan Mohd Isa Mohd Saidi, yang mengaku sebagai Ketua Penerangan cabang itu dan membuat kenyataan berbaur desakan ke atas Azmin Ali kelmarin, telah digugurkan jawatan dan oleh itu, tidak layak mengeluarkan sebarang kenyataan media mewakili parti.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, parti telah mendapati beliau seorang muflis dan tidak boleh memegang jawatan dalam parti sebagaimana bukti dari carian rasmi oleh Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 10 Januari 2012.

Menurutnya, pengguguran jawatan tersebut juga berdasarkan Isa juga didapati terlibat dalam jenayah pecah amanah melalui dua laporan polis terhadapnya.

"Berdasarkan bukti tersebut, hasil dari keputusan Mesyuarat Biro Politik pada 26 Mac 2012 telah mengambil keputusan menggugurkan jawatannya iaitu Ketua Penerangan Cabang Ampang dan beliau tidak layak untuk membuat kenyataan mewakili Cabang Ampang," kata Zuraida pada sidang media di Bilik Gerakan Keadilan Cabang Ampang, semalam.

Ketua Wanita PKR itu berkata demikian mengulas tindakan Isa Saidi dan sekumpulan ahli PKR yang mengadakan sidang media mendesak Azmin, Timbalan Presiden di ibu negara kelmarin.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, tindakan Isa sememangnya telah dijangka oleh parti apabila beliau terlibat dalam beberapa pertemuan dengan pimpinan Umno di mana Isa juga merupakan bekas ahli Umno dan menyertai  PKRselepas Pilihan Raya Umum 2008 iaitu pada 27 Jun 2010.

Katanya lagi, turut digugurkan jawatan adalah Naib Ketua Keadilan Cabang Ampang, Tan Hua Meng yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang turut didapati bersama-sama dengan Isa dalam sidang media tersebut.

Mengulas berhubung cabaran dan desakan Isa terhadap Azmin, Zuraida berkata, perkara ini jelas merupakan ulang tayang agenda dan fitnah jahat yang dibawa oleh Umno sejak 1998.

"Saya bersimpati dengan Isa dan rakan-rakannya kerana tidak mampu menghayati politik baru yang di bawa oleh Keadilan dan Pakatan Rakyat (PR) serta mengalu-alukan sekumpulan ahli yang kecewa ini untuk meninggalkan parti bagi membersihkan nama baik parti dari unsur-unsur khianat dan duri dalam daging.

"Keadilan Cabang Ampang akan membuat laporan kepada Jawatankuasa Displin Parti untuk memutuskan tindakan sewajarnya terhadap ahli-ahli parti yang terlibat dalam sidang media kelmarin," katanya.

Menurutnya lagi, beliau percaya sekumpulan ahli ini mempunyai niat jahat dan dipengaruhi oleh musuh-musuh parti yang ingin melihat parti kucar-kacir dalam menghadapi PRU13.

Jawatan Ketua Penerangan PKR Ampang kini disandang oleh Hamsah Djabir, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang.
Hadir sama wakil Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa, Razali Ramli adn bersama ahli Keadilan Cabang Ampang.

Dipetik dari Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment