Sejak PR menangi Selangor SEKS bebas diamalkan secara terbuka tanpa merasa segan silu,dimanakah perjuangan Negara Islam Pas.Anda boleh lihat sendiri bertapa banyak Hotel,Pusat Urut dan Pusat Hiburan telah wujud seperti cendawan selepas hujan.
Adakah ini yang diperjuangkan oleh Pas selama ini dan hanya taburkan janji-janji manis yang memerangkapkan umat Islam yang termakan janji-janji manis Pas selama ini.Segala janji yang Pas lemparkan patut diadili di PRU yang akan datang.
PERKARA INI BERLAKU BERHAMPIRAN PEJABAT ADUN TERATAI.HOTEL BUDGET ITU TERLETAK HANYA 500 METER DARI PEJABAT ADUN DAP TERATAI.APAKAH MEREKA TIDAK PEKA PADA SENSETIF KAUM LAIN ATAU BONGKAK SEMATA-MATA INGIN MEMPERTAHANKAN KERUSI DUN ITU.
Seorang janda dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam.
Janda
anak satu yang bercerai dengan suaminya sejak sembilan bulan lalu
memberi alasan dia tidak ada tempat tinggal apabila datang dari Nilai,
Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri di salah sebuah
universiti di ibu kota hari ini.
Pasangan itu dicekup kerana
disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel pada jam 4 pagi oleh sepasukan
anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai
Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi
Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang
lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguatkuasa
sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan.
“Kami
menemui seorang wanita yang hanya berseluar pendek keluar dari tandas,
mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti
mempunyai hubungan mahram,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, lelaki
berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi itu
sanggup mengambil pasangannya yang berusia 27 tahun itu dari Nilai
kemudian bawa ke hotel berkenaan. Dalam serbuan sama di bilik
berasingan, seorang penuntut universiti dicekup khalwat bersama
pasangannya.
Beliau berkata, perempuan berusia 23 tahun itu
memberi alasan mahu berkahwin dengan teman lelakinya. “Perempuan itu
memberitahu keluarganya tidak merestui perhubungan mereka kerana
pasangannya yang berusia 24 tahun itu bekerja sebagai kontraktor,”
katanya. Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah. -
SH
GR kata: Macam-macam la...dah ala-ala geng-geng Pakatan Haprak punya al-kisah...